Beli Online:Apa Anda Perlu Lakukan?

Beli online atau shopping online  telah menjadi satu fenomena untuk masyarakat kita mahupun luar negara sekarang. Mungkin beberapa tahun lepas trend beli online ini agak kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat kita.Tetapi situasinya kini berbeza,mungkin disebabkan faktor internet dinegara kita yang semakin berkembang pesat hari demi hari.Walaupun gejala scam masih berleluasa di laman maya,nampaknya masyarakat kita sudah semakin bijak membezakan antara scam dan sebaliknya.

beli rayban online

rayban-antara barangan mendapat peratian pembeli di internet

Apa perlu di lakukan semasa membeli online?

Harga:Survey terlebih dahulu harga di laman-laman shopping online yang popular seperti muda.my,lelong,e-bay dan lain-lain..Sekiranya terlampau mahal berpindahlah ke penjual lain  yang menyediakan harga yang berpatutan..Dan awas apabila penjual meletkkan harga yang terlalu murah untuk sesuatu barangan itu kerana pasti ada keburukan tersembunyi di sebaliknya kecuali jika ada promosi-promosi tertentu seperti jualan penghabisan,promosi sempena hari peryaan dan sebgainya.Kaki-kaki facebook juga seharusnya berhati-hati dengan pertambahan iklan-ikan atau sponsored post di laman tersebut.Jangan semberono membeli tanpa meneliti harga dan aspek-aspek lain.

Kualiti Barangan:Rasanya ini antara masalah utama apabila kita mebeli secara online.Sekiranya kita mahu membeli barangan seperti buku atau novel ,mungkin tidak menjadi masalah perkara ini tetapi bagaimana pula sekiranya kita ingin membeli barangan elekronik seperti powerbank dan sebagainya.Pastinya terdedah kepada penipuan kerana sesetengah penjual ada yang menjual barangan yang tidak original kepada para pembelinya.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku,mungkin kita boleh terus berhubung dengan mereka .Pergi terus  ke kedai online mereka dan lihat sama ada penjual tersebut aktif atau tidak dan respon daripada pelanggan baik atau sebaliknya.Kebanyakannya penjual-penjual online ini akan meletakkan sekali testimoni-testimoni pembeli yang telah berurusan dengan mereka.Kalau boleh terus je add dan tanya mereka secara direct..Untuk yang membeli di lelong lebih mudah kerana mereka ada meletakkan  rating bagi penjual yang mempunyai rekod yang baik dengan pembeli..

beli barang online,shopping online

contoh testimoni dari pelanggan di sebuah page aktif

Berjimat:Membuat pembelian secara online  sememangnya sangat mudah tanpa perlu ke luar dari pintu rumah,berjalan berjam-jam di shopping complex untuk mencari barangan yang pastinya menjimatkan masa dan tenaga kita.Tetapi tahukah anda pembelian barangan secara online ini juga telah menyebabkan  ramai yang telah tersasar bajet  dan keluar dari kemampuan mereka.Jadi seharusnya kita menjadi seorang pembeli yang bijak dan membeli sekiranya perlu sahaja.Jangan pula seronok membeli online,tengah bulan makan pasir sudahla…

Secara jujurnya pembelian barangan secara online in bagi aku ada baik dan buruknya..Aku pun da beberapa kali membuat beberapa pembelian online ini dan setakat ini berpuas hati dengan servis-servis mereka.Bagaimana pula dengan anda?Jom kongsikan..

 

 

 

 

Permohonan Rayuan Upu 2013

Keputusan upu bagi sesi lepasan spm/setaraf telah pun diumumkan beberapa hari lepas.Tahniah diucapkan kepada yang berjaya,diharap dengan peluang ini mampu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk mereka lebih cemerlang di masa hadapan.Bagi yang masih belum mendapat tempat pula jangan kecewa kerana anda masih boleh lagi membuat rayuan kepada pihak upu yang akan dibuka mulai 24 mei nanti..Sila layari laman ini  Permohonan e-Rayuan Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2013/2014.

Syarat-syarat rayuan upu adalah seperti berikut:

-Hanya calon yang gagal menerima sebarang tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier dibenarkan mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-Rayuan ke Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi.

-Calon yang gagal mendapat tawaran ke IPTA tetapi berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi KPM masih boleh mengemukakan permohonan rayuan tetapi semasa proses back-end calon yang telah berdaftar dengan Kolej Matrikulasi KPM diselaraskan dan tidak akan dipertimbangkan dalam proses rayuan kemasukan ke IPTA.

-Tarikh tutup permohonan rayuan upu adalah pada 2 Jun 2013-

-Dasar pemilihan kes rayuan upu adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di IPTA/ Politeknik Premier selepas pendaftaran pelajar baharu.

-Keputusan dijangka diumumkan pada minggu kedua bulan jun.Sekiranya tiada tawaran yang diterima empat minggu selepas tarikh pendaftaran ipta,maka rayuan adalah diannggap gagal.

sumber:eputra

Untuk yang dah mendapat tempat di ipta tapi masih ragu-ragu dengan bidang yang ditawarkan,bolehlah baca dua artikel aku sebelum ini.Harap membantu..

-Panduan Memilih Jurusan/Course Selepas Spm-Part 1-

-Panduan Memilih Jurusan/Course Selepas SPM-part 2-


-